Sasaran untuk menawarkan akses internet berkelajuan tinggi sememangnya diterima baik oleh rakyat Malaysia. Selain menfokuskan kepada penawaran secara komersial, kerajaan juga tidak lupa untuk sedia membawakan akses rangkaian 5G di dalam bidang pendidikan.

Terbaharu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan menyediakan liputan rangkaian 5G kepada sekitar 1,000 buah sekolah menjelang penghujung tahun 2022 ini. Hal ini sekaligus dapat memudahkan proses pengurusan pembelajaran di sekolah yang terpilih.

Sumber Gambar: Borneo Post Online

Bagi merealisasikan rancangan ini, syarat pertama ialah perlu menjalin kerjasama dengan Telekom Malaysia kerana pihaknya bertanggungjawab membuat penyambungan gentian optik. Pelan ini juga meliputi sekolah di bandar dan luar bandar yang mana akan dimulakan pada bila-bila masa.

Difahamkan ujian rintis percubaan dijangka dimulakan melibatkan sekitar enam sekolah seawal bulan ini. Senarai sekolah dijangka akan diputuskan oleh Kementerian Pendidikan. Selain daripada kawasan sekolah, liputan 5G ini juga akan memberikan manfaat kepada kawasan penempatan di sekitar sekolah berkenaan.

Sementara itu, syarikat telekomunikasi utama tempatan dijangka bakal tawarkan servis rangkaian 5G seawal September ini berdasarkan sasaran awal.

Syarikat Telekomunikasi Utama Dijangka Tawarkan Servis Rangkaian 5G Seawal September 2022

Perak Sasarkan 98 Tapak Rangkaian 5G Menjelang Oktober 2022